Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, Bintulu (SMKKID) dibuka pada 6 Januari 1997 dan
merupakan sekolah menengah yang kelima di bandar Bintulu.
SMK Kidurong terpaksa beroperasi pada sebelah petang (12.50
p.m. - 6.30 p.m.) sehingga bulan Februari 1998 kerana keseluruhan kelas telah
digunakan oleh pelajar Sekolah Menengah Teknik Bintulu pada sebelah pagi. Pada
minggu pertama, SMK Kidurong telah menerima pelajar seramai 254 orang dengan
berbekalkan 14 orang tenaga pengajar. Tuan Haji Ali Haji Mudin telah dilantik
sebagai Pengetua pertama dan beliau bertanggungjawab merangka dan merancang
pembangunan SMK Kidurong. Populasi SMK Kidurong kemudiannya bertambah dari
tahun ke tahun apabila menerima pelajar-pelajar dan pengambilan guru-guru baru.
Pada 17 Februari 1998, Upacara Penyerahan Rasmi
Projek SMK Kidurong kepada Unit Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya Malaysia
dan Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Eastbourne Corporation Berhad telah
diadakan dan akhirnya SMK Kidurong beroperasi di tapak barunya.
Oleh sebab SMK Kidurong baru sahaja ditubuhkan,
bekalan alat kelengkapan dan infrastruktur adalah amat terhad. Namun masalah
ini bukanlah halangan besar bagi guru-guru pelopor untuk merancang strategi
pembelajaran dan seterusnya membangunkan serta memajukan sekolah ini.
Bersesuaian dengan moto sekolah "Maju Terus Maju", SMK Kidurong terus
berkembang dan beroperasi secara sistematik dengan sasaran untuk melahirkan
seberapa ramai pelajar cemerlang pada tahun-tahun peperiksaan sekolah mahupun
awam (Penilaian
Menengah Rendah, Sijil
Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan